Bilangan dan jenis gigi acip Gigi_kacip

Manusia

Manusia biasanya mempunyai lapan batang gigi acip yang terbahagi kepada empat jenis darab dua batang. Jenis-jenisnya adalah:

  • gigi acip sentral maksila (di tengah-tengah rahang atas)
  • gigi acip lateral maksila (di antara gigi sentral dan taring rahang atas)
  • gigi acip sentral mandibel (di tengah-tengah rahang bawah)
  • gigi acip lateral mandibel (di antara gigi sentral dan taring rahang bawah)

Haiwan selain manusia

Sesetengah spesies primat, kucing dan kuda mempunyai 12 batang gigi acip. Rodensia ada empat batang, manakala rubah ada sembilan batang. Arnab yang pernah dianggap sebagai rodensia, menjadi berbeza kerana hanya ada lapan batang gigi acip — sepasang "gigi lancip" kecil terletak di belakang sahaja pasangan gigi yang paling anterior. Gigi acip digunakan untuk menggigit makanan keras seperti daging merah.